Biografi Denise Ho

Awal hidup dan pendidikan

Denise lahir pada 10 Mei 1977 di Hong Kong kepada sepasangan guru.[5] Beliau memulakan persekolahannya di Diocesan Girls' Junior School.[6]

Beliau berpindah mengikuti ibubapanya ke Montreal, Kanada pada tahun 1988 ketika berusia 11 tahun;[5] di sanalah beliau memasuki Collège Jean-de-la-Mennais[7] di La Prairie dan Collège Jean-de-Brébeuf.[8][5]

Kerjaya permuzikan

Pada usia 19 tahun, Ho terlibat dalam suatu pertandingan nyanyian Hong Kong untuk mencuba nasib, [9] berjaya tanpa disangka[5][9] namun memberi peluang kepadanya bertemu idolanya - penyanyi cantopop terkenal Anita Mui[5]—"queen of Hong Kong movies and…renowned in the… world of Cantonese pop music"[10]yang diminatinya sejak kecil [11][9] Pertemuannya dengan Mui membantunya dalam ceburan diri apabila Mui menjadi mentor nyanyiannya.[5]

Penglibatan aktivisme

Ho mula terlibat dalam Pergerakan Payung yang perjuangkan hak asasi Hong Kong pada 2014 sebagai seorang penggiat; beliau turut merupakan antara orang yang ditahan dalam tapak berpusatnya pergerakan ini.[12] Malah, beliau disenaraihitamkan para para penganjur China atas keterlibatan ini.[13]

Beliau antara wakil-wakil Hong Kong utama selain Joshua Wong Chi Fung dan Nathan Law menggesa pelulusan Akta Hak Asasi Manusia dan Demokrasi Hong Kong kepada Kongres Amerika Syarikat di Washington D. C pada bulan September 2019.[14]